Alam Perkahwinan

Air Mani Terpancut Awal
Situasi ini terjadi bila ejakulasi yang dialami terlalu awal, iaitu ketika anda sedang melakukan hubungan seksual bersama pasangan. Biasanya keadaan ini sering menghampakan isteri. Ini kerana selepas air mani suami dilepaskan, zakar akan hilang kekerasan dan isteri tidak lagi merasa kenikmatannya.

Anda mungkin pernah mengalaminya dan tahukah anda, mengikut satu kaji selidik yang pernah dijalankan, dainggarkan satu pertiga lelaki di bawah umur 25 mempunyai masalah ini. Oleh itu apakah yang menyebabkan air mani terkeluar terlalu awal?

Dikatakan kaum lelaki memang lebih senang mencapai kemuncak shahwatnya (orgasme). Namun begitu teknik melambatkannya boleh dipelajari kerana secara tidak langsung ia dapat memanjangkan lagi masa keseronokan, untuk dirinya sendiri.

Bahkan anda sendiri tentu setuju bahawa isteri juga gemar mengalami orgasme semasa zakar suami, masih dalam faraj. Caranya ialah dengan beberapa ‘gerakan mesra’ untuk tempoh masa yang agak lama dari kebiasaan. Terdapat berbagai sebab kenapa suami mudah mengalaminya, termasuklah yang berkaitan dengan psikologi iaitu seperti rasa takut, serba salah dan risau jika aksinya kelak tidak dapat memuaskan hati si isteri.

Perkara pertama seorang suami harus ingat, sebelum bersama pasangannya ialah mahukan hubungan yang diberkati. Berdoa padaNya agar diberi zuriat yang diredhai, selain dapat memuaskan batin si isteri perlu disemai dalam hati.

Lagipun kebanyakan isteri tidak menyukai bila mana, hubungan seksual berlangsung dalam keadaan kelam kabut. Oleh itu ambillah masa untuk bergurau senda dan bermesra bersama pasangan, sebelum masing-masing bersedia melakukan aktiviti seterusnya. Lebih lama masa yang diambil untuk ‘foreplay’ ini makna kepuasan lah bakal anda kecapi…

Beberapa dakwaan seperti menggunakan beberapa lapis kondom, memikirkan sesuatu benda lain semasa melakukan hubungan seksual, menggigit pipi si suami, sering melakukan onani, menyapukan ‘krim-krim ajaib’ dibahagian alat kelamin yang kononnya dapat membantu masalah ini, adalah antara beberapa contoh perlu anda elakkan. Sebenarnya tiada jalan mudah untuk mengatasi masalah ini, melainkan dengan mempelajari dan memahami perasaan dan sensasi yang mampu dirasakan, sewaktu anda mahupun pasangan sedang menikmatinya.

Dengan itu anda akan lebih mudah menjangkakan bila pancutan yang semakin hampir tadi, akan sampai kemuncaknya. Sekali gus anda dapat mengawal situasi, atau apa yang dipanggil ‘ detik tak mungkin kembali’.

Pasangan anda harus tahu di mana ‘detik tak mungkin kembali’ nya berada, pada tahap tersebut. Dikatakan ia adalah saat di mana, dia tidak dapat menahan ejakulasi dan mahu melepaskannya dengan segera. Saraf-saraf otak pula akan menghantar syarat melalui tulang belakangnya terus kebahagian kelamin, agar ianya cepat dilepaskan.

Bila sudah menyedari di mana ‘detik tak mungkin kembali’nya itu berada, dia perlu fokuskan perhatian agar dirinya tidak mengahmpirinya, selagi belum bersedia. Mungkin juga dengan menghentikan gerakan atau menukar posisi, dapat melambatkan ejakulasi.

Jatuh talak suami curiga kejujuran isteri
Soalan

APAKAH hukumnya jika seorang suami mencurigai kejujuran isteri lalu berkata “Jika engkau pernah menduakan aku, maka haramlah makanan yang engkau makan selama ini dan engkau bukan lagi isteriku”. Bagaimana kedudukan isteri jika suami berkata begitu kepadanya? Salahkah suami mengucapkan kata-kata sebegini untuk mendapat kepastian sebenar?

INGIN TAHU

Jengka, Pahang

Jawapan

Mencurigai kejujuran pasangan adalah sesuatu serius kerana perkahwinan dibina atas dasar kepercayaan, keredaan dan keyakinan kepada pasangan. Perkataan suami seperti dinyatakan, iaitu mengharamkan makan minum, sama seperti mengharamkan nafkah yang diberi selama ini.

Perkataan “engkau bukan isteriku” mengandungi makna talak secara kinayah atau simbolik dan mesti diperjelaskan maksud suami yang sebenar.

Dalam Islam, jika suami benar-benar mencurigai isteri, dia boleh mengambil hukum Liaan. Ia satu undang-undang suami menuduh isteri curang, isteri pula mempertahankan maruahnya dan suami masih tidak percaya, maka kedua-duanya pula bersumpah liaan.

Ia wajib dilaksanakan di depan hakim, suami isteri akan bersumpah mengenai kesucian mereka. Dalam liaan, suami dan isteri akan dipisahkan kerana mereka tiada kepercayaan sesama sendiri.

Alasan Wanita Yang Menolak Seks
Meskipun usaha telah dilakukan bagi menarik perhatian isteri untuk berasmara dan memadu cinta di atas katil, termasuk menggunakan teknik baru tetapi ada kalanya wanita masih tidak berminat untuk melakukannya. Mengapa jadi begini, ya?

Berikut adalah beberapa alasan utama mengapa wanita enggan melakukan hubungan intim dengan pasangannya;

1) Sedang marah besar

Anda pasti tahu sebahagian besar wanita tidak mampu melakukan hubungan intim dengan lelaki yg memancing kemarahannya. Malangnya, kaum wanita tidak akan meluahkannya sebaliknya memilih utk mendiamkan diri hingga pasangannya bosan sendiri.

Tindakan Pasangan : Jika ingin berbaik bercakaplah dengan kata yg manis. Tanya apakah anda sebagai suami telah melakukan sesuatu yang mengecewakan dirinya. Jika berjaya memujuk tidak mustahil anda akan memperolehi hubungan asmara yang hangat.

2) Sibuk

Wanita seperti yg diketahui punya banyak tugas yg harus dilaksanakan bermula dari membereskan urusan rumahtangga, anak-anak hinggalah tugas di tempat kerja. Kalau badan sudah penat melakukan pekerjaan, bagaimana selera seks boleh muncul.

Tindakan Pasangan : Tawarkan bantuan, misalnya menyediakan makan malam atau cuci pinggan setelah selesai makan. Lebih bagus lagi jika anda meminta pasangan anda berehat sahaja dan sekali-sekali anda membereskan kerja rumah yg ada. Isteri akan rasa dihargai dan anda mungkin menerima balasannya termasuklah dgn cara hubungan seks.

3) Rasa Rendah Diri

Wanita mungkin menolak seks apaqbila mereka merasa rendah diri, tidak puas hati dgn penampilan diri dan berasa tidak lagi seksi. Jika perkara ini dirasakan oleh wanita, mood untuk mengadakan hubungan seks dgn pasangannya mungkin akan berkurang.

Tindakan Pasangan : Anda mungkin boleh menghantar ke salun atau SPA untuk memanjakan diri dan berasa diri lebih baik. Ataupun lebih mudah luahkan sedikit pujian pada isteri anda untuk memberikan keyakinan pada dirinya.

4) Terasa Dirinya Hanya Objek Di tempat Tidur

Jika wanita diperlakukan semata-mata sebagai objek di tempat tidur, terus terang, seks jadi amat membosankan bagi wanita.

Tindakan Pasangan : Masa untuk perubahan, kalau perlu pinda lokasi tidak perlu ke hotel atau tempat-tempat mewah tapi asalkan yang memberikan satu perubahan. Layanilah pasangan anda dengan sepatutnya supaya dia tidak lagi berasa demikain.

5) Pasangan Tidak Lagi Menarik

Jika wanita merasakan pasangannya tidak lagi menarik, dia mungkin tidak lagi berkeinginan mengadakan hubungan seks bersama dengan pasangannya. Banyak faktor penyebab, mungkin dari segi chemistry wanita berasa tidak lagi sesuai dengan pasangannya.

Tindakan Pasangan : Anda perlu mungkin melakukan sesuatu untuk menarik perhatian pasangan anda.

Bagaimana Nak Elak Daripada Terlanjur?
SAYA pelajar berusia 23 tahun di kolej swasta dan ada teman wanita berusia 22 tahun, juga pelajar kolej berdekatan. Sepanjang menjalinkan hubungan, kami selalu berciuman dan berpelukan. Saya juga pernah memegang dan melihat bahagian sulitnya.

Kami ingin bernikah untuk mengelakkan keterlanjuran. Kami pernah menyuarakan hasrat kami untuk bernikah dan membuat majlis selepas kami tamat belajar nanti, tetapi keputusan kami tidak diterima bapa perempuan kerana mahu kami bekerja serta ada rumah dan kereta terlebih dulu. Mengenai soal kewangan, kami tidak mempunyai masalah kerana saya ada melakukan kerja sambilan membina laman web dengan pendapatan bulanan kira-kira RM1,000. Bagaimanakah kami boleh menyelesaikan masalah kami?

REDZUAN | Selangor.

PALING utama yang perlu dilakukan menjauhi segala perbuatan di atas yang dilarang agama. Ingatlah firman Allah yang melarang kita daripada menghampiri perbuatan zina. Bagi mengelak perkara di atas berulang anda berdua sebolehnya mungkin jangan bertemu sendirian.

Mengenai perkahwinan pula, anda hendaklah menjelaskan kepada keluarga mengenai perhubungan itu demi kebaikan bersama. Dengan itu keluarga boleh mengatur urusan peminangan dan seterusnya perkahwinan dengan pihak keluarga perempuan secara baik. Keluarga tentu bersetuju apabila mereka memahami kedudukan sebenarnya.

21 Petua Membentuk Anak Cemerlang
Sebenarnya tiada suatu pun formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang kerana setiap anak itu memiliki keistimewaannya yg tersendiri yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Merujuk kepada satu hadith sahih dari Rasulullah s.a.w. mafhumnya : Ada 4 tahap dalam mendidik anak-anak iaitu :

Dari bayi hingga ke usianya 7 tahun

Pada masa ini, anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibubapa. Mereka dibelai dengan penuh kasih sayang, diajak bermain, bergurau dan seumpamanya, dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Natijahnya agar anak sentiasa sedar dan fikir bahawa ibu bapa adalah rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.

Dari usia 8 hingga 14 tahun

Dalam pada anak diasuh dengan penuh kasih sayang, anak mesti dididik dengan penuh disiplin dan diajarkan tentang pengagihan tanggungjawab tak kira di rumah atau pun di sekolah.

Dari usia 15 hingga 21 tahun

Ketika ini anak hendaklah didekati secara berkawan. Ibu bapa tidak lagi boleh marah-marah yang melampau pada anak kerana jiwa remaja mereka akan memberontak. Jangan sesekali mengherdik apalagi memukul anak-anak tersebut.

Dari usia 21 ke atas

Berikan kebebasan kepada anak dalam membuat keputusan sendiri atas apa yang ingin mereka kerjakan. Dalam pada itu, ibu bapa mesti sentiasa pantau, pesan, doa dan nasihat anak tersebut semoga hala tuju mereka betul.

Hasil dari rujukan kepada Al-Quran, As-Sunnah dan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang ini, di bawah disenaraikan 21 kaedah terbaik dalam membentuk anak-anak kita menjadi orang yang cemerlang.

1. Mendidik anak dengan pesanan dan arahan setiap hari bersesuaian dengan tindak tanduk dan amalan yang ibu bapa inginkan. Jangan sesekali bosan dalam memberi pesanan kepada anak-anak. Menurut satu kajian, standard memberi pesanan dan arahan pada anak-anak pada setiap hari adalah sebanyak 200 kali. Barulah anak tersebut akan dapat dibentuk rutin kehidupannya mengikut apa yang ibu bapa mahu.

2. Banyakkan bercerita dengan anak-anak atas apa jua perkara yang baik-baik. Boleh mengambil iktibar dari Quran, kisah para rasul dan para sahabat. Malah ibu bapa pun boleh mereka cerita mereka sendiri. Yang pentingnya, ianya mestilah punya natijah yang boleh diteladani dan jangan sesekali bercerita tentang hal yang melalaikan.

3. Selalu bersoal jawab dengan anak-anak secara istiqamah (berterusan). Bertanya kepada anak tentang hal yang telah dilaluinya sepanjang hari dan apa pula yang telah dilakukannya. Dan bila anak bertanya pula, ambil kira setiap soalan yang diajukan dan sentiasa berusaha menjawab semua soalan tersebut secara hikmah.

4. Mendidik anak dengan merujuk kepada pengalaman yang telah lalu yang pernah dirasai oleh ibu bapa. Juga boleh mengambil iktibar dari pengalaman orang lain baik yang negatif mahupun positif. Ini akan lebih mudah menjelaskan mesej yang hendak disampaikan kepada anak-anak.

5. Mengasuh anak-anak melalui nasihat dan teguran . Nasihat dan teguran berlainan sedikit dengan pesanan dan arahan yang perlu dilakukan setiap hari. Nasihat dan teguran dibuat sesekali sahaja supaya anak tidak cepat bosan. Mungkin dalam seminggu sekali atau dua kali sahaja. Nasihat dan teguran adalah lebih menjurus kepada pembentukan:

- aqidah anak-anak tersebut

- ibadah dan amalan hariannya

- akhlaknya

- kerjasama di dalam dan di luar rumah

- tanggungjawab yang perlu ada dalam dirinya

- kesihatan fizikal dan mental

- sangka baik dalam diri

- suci hatinya pada Maha Pencipta dan makhluk disekelilingnya

6. Banyakkan bermain dan bergurau dengan anak-anak dan sentiasa selitkan unsur-unsur nasihat yg bermanfaat di dalamnya.

7. Banyakkan memberikan latihan dan tugasan kepada anak-anak termasuklah dalam kerja-kerja di rumah. Tugasan diberikan mengikut usia, tahap kemampuannya dan bersesuaian dengan jantina anak itu. Kerja tersebut juga hendaklah diberikan mengikut waktu yang sesuai dan kena pada tempatnya. Sentiasa pantau kerja yang dilakukannya dan segera perbetulkan mana-mana kesalahan atau tabiat yang tak elok. Jangan kutuk anak kalau mereka buat salah dalam tugasannya dan jika memuji anak biar berpada-pada.

8. Amalan dan tindak tanduk ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak.

- Ibu pada yang sederhana memberitahu anak-anak apa yang mereka perlu lakukan.

- Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan tentang apa yang dia minta anak dia buat.

- Ibu bapa yang cemerlang memberikan contoh tentang sesuatu perkara yang diberitahu dan dijelaskan kepada anaknya.

- Manakala ibu bapa yang mithali, sentiasa menggerakkan anak-anaknya untuk menjadi manusia cemerlang.

9. Sentiasa memberikan galakan dan amaran pada anak-anak iaitu dorongan ke arah yang positif dan berikan hukuman bila anak buat kesalahan dengan hikmah. Menurut kajian pakar-pakar psikologi, galakan diberikan 80% dan 20% lagi untuk amaran. Galakan yang banyak akan jadikan anak-anak lebih ceria dan anak-anak yang ceria lebih menjurus ke arah individu yang cemerlang.

10. Lakukan suruhan dan gesaan pada anak-anak dengan tidak perlu berulang-ulang kali memberikan peringatan. Gesaan dilakukan pada anak dengan sekali arahan sahaja. Ibu bapa perlu ada tindak susul pada anak atas apa yang diminta lakukan. Jika ibu bapa perlu beritahu anak banyak kali dalam sesuatu hal pada sesuatu masa, ia ditakuti akan boleh menjadikan anak seorang yang degil.

11. Ambil berat kebajikan anak-anak. Ibu bapa perlu tunaikan hak-hak anak yang sewajarnya. Ibu bapa mesti menyediakan keperluan yang munasabah untuk anak-anak yang mana anak tersebut layak terima dan sesuai dengan kemampuan ibu bapa tersebut.

12. Ibu bapa gunakan firasat dan gelombang minda dalam mendekati anak-anak. Tak perlu tunggu anak menceritakannya pada ibu bapa bila berdepan dengan sesuatu masalah. Praktikalnya amat penting terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sensitif yang mudah tersentuh hatinya. Allah berikan kehebatan ini pada ibu terutamanya dalam menyelami hati budi seseorang anak. Gunakan juga kaedah ini untuk menasihati anak-anak pada sepanjang masa.

13. Menjana keyakinan dan kekentalan diri anak. Ulama dan ahli psikologi menyarankan bahawa antara perkara yang boleh dilakukan dan dilatih pada anak-anak termasuklah :

- ajar anak-anak menyimpan rahsia

- latih anak-anak berpuasa

- bentuk kemahiran sosial anak, contohnya dalam cara berkawan yang betul

- luaskan ruang lingkup pembacaannya supaya pengetahuan amnya hebat dengar pendapat anak

- ajarkan anak cara membuat keputusan yang baik dalam sesuatu hal memberikan pujian pada - anak-anak berpada-pada

- ajar mereka cara berniaga

14. Kenal pasti kecenderungan dan minat anak-anak. Selain dari memerhatikan sendiri anak- anak tersebut, boleh juga bertanya kepada guru atau rakan tentang hobi anak-anak, mungkin ada yang ibu bapa terlepas pandang. Pupuk minat mereka supaya mereka selalu gembira kerana anak yang ceria mudah jadi orang yang cemerlang.

15. Pilih waktu yang sesuai dalam menasihati anak-anak . Waktunya termasuklah ketika :

- masa rehat dan bersantai dengan anak-anak

- beriadah atau berikreasi dengan anak-anak

- di dalam perjalanan

- anak hendak tidur, sedang tidur atau ketika baru bangun dari tidur.

- selepas waktu mandi

- selepas solat bersama anak-anak

- selepas anak-anak membaca Al-Quran

- ibu bapa membaca Al-Quran, ditiupkan pada kepala anak dan dinasihatkannya

16. Ibu bapa hendaklah bertahap-tahap dalam mendidik anak-anak mengikut tahap intelektual dan usia anak-anak berkenaan. Didikan pada anak juga hendaklah singkat, padat, bermanfaat dan tidak membosankan.

17. Pastikan anak-anak mematuhi perintah Allah dan meneladani sunnah yang dibawa dan diajarkan oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w. Ibu bapa sentiasa memperbaiki amal ibadah dalam keluarga selaras dengan tuntutan agama.

18. Isi waktu lapang anak-anak dengan perkara-perkara dan kegiatan-kegiatan yang berfaedah . Jauhkan sama sekali dari melakukan hal-hal yang melalaikan.

19. Beri ruang kepada anak-anak untuk berdialog dengan ibu bapa secara terbuka tetapi dalam keadaan dan situasi yang penuh hikmah.

20. Rangsang kecerdasan minda anak-anak dengan pemakanan yang seimbang. Pastikan ada:

- diet yang betul dan vitamin tambahan yang bersesuaian.

- makanan adalah halal , bersih dan tiada unsur-unsur subahat.

- banyak beriadah/bersenam untuk menjaga tahap kecergasan badan

- ajar teknik belajar dan berfikir yang betul

21. Doakan mereka berterusan secara positif sampai bila-bila dari mereka kecil hingga ke akhir hayatnya. Ibu bapa perlu sentiasa ingat bahawa apa yang ibu bapa fikirkan dan cakapkan pada anak-anak adalah doa yang sangat mustajab.

Gambir Sarawak Sebabkan Kepanasan
Penggunaannya menyebabkan isteri rasa tidak selesa, sakit dan menggelupas kulit kemaluan

Saya sudah berkahwin dan mempunyai masalah ejakulasi pramatang. Saya ingin menggunakan gambir Sarawak berdasarkan cerita kehebatannya yang saya dengar daripada kawan-kawan. Saya ingin tahu adakah gambir Sarawak boleh mengatasi masalah saya dan adakah ia mempunyai kesan sampingan yang negatif?

ALEX,

Melalui e-mel

SEBILANGAN besar lelaki yang cepat tewas ketika bersama isteri dapat menanganinya dengan menumpukan tahap ereksi yang secara langsung akan dapat meningkatkan daya kawalan ejakulasi. Mereka menggerak ereksi dalam keadaan ereksi padat (dengan mengemut lubang najis dan lubang kencing ketika bergerak dalam corong faraj).

Dengan cara itu mereka dapat mengawal gerakan dan dapat mengubahsuaikan kelajuan gerakan dan lama kelamaan mereka dapat mengawal gerakan tanpa ejakulasi awal.

Memang pada mulanya mereka akan cepat terkeluar ketika mengemut dan mereka akan menyalahkan kemutan pula. Tapi dalam keadaan kemut mereka dapat kekalkan ereksi dan boleh bergerak walaupun telah terpancut!

Sebilangan mereka yang masih gagal akan cuba menggunakan ubat pengebas untuk mengebaskan penghujung zakar. Ini juga mungkin sesuai untuk sebilangan mereka yang bermasalah seperti ini.

Mereka harus menyapu ubat kebas (anaesthetic gel, hanya boleh dibeli dengan preskripsi doktor saja) dan apabila penghujung zakar kebas mereka perlu membersihkannya sebelum masuk ke dalam faraj. Jika tidak berbuat begitu, faraj pasangan pula akan menjadi kebas!

Gambir Sarawak ialah jenis ramuan yang mengandungi bahan herba dan kimia yang disapu ke penghujung zakar selepas mencampurkannya dengan air sejuk dan beberapa minit kemudian, penghujung zakar akan rasa pijar atau panas dan tidak selesa. Perasaan tidak selesa ini dan juga kepanasan kononnya dapat memberi ereksi yang padat dan tidak selesa.

Jadi apabila dimasukkan dalam corong faraj, sudah tentu akan dapat bertahan lama. Tapi sebelum dimasukkan dalam faraj, bahan ini perlu dibersihkan dulu, jika tidak isteri akan terasa panas di dalam (seperti terkena cili api kerana gambir Sarawak ada bahan itu!) Kesan sampingan ialah kulit penghujung zakar menggelupas dan mungkin boleh melecet dan jika terkena kemaluan isteri, mungkin selepas hubungan isteri terpaksa mengipas kemaluannya kerana kepanasan yang amat!

Elok jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar. Mungkin ada cara yang lebih mujarab dan tidak memerlukan penggunaan krim atau bahan pengebas.

Kewajiban Mandi Junub
Bersama: DR. AMRAN KASIMIN

SOALAN: Saya tidak berapa pasti apa yang dimaksudkan dengan ‘junub’. Selain itu apakah larangan atau ketentuan yang mesti dipatuhi apabila seseorang itu dalam keadaan junub?

– CT Shazira, Kluang.

JAWAPAN: Perkataan ‘junub’ ataupun ‘janabah’ menurut bahasa bererti jauh. Dalam surah al-Qasas: 11 terdapat firman Allah yang bermaksud: Maka kelihatan Musa oleh saudara perempuannya dari jauh.

Menurut istilah syarak, ia bererti orang yang tidak suci, kerana sesuatu sebab seperti keluar air mani, bersetubuh dan sebagainya seperti yang akan dijelaskan. Istilah ‘junub’ ini digunakan merujuk kepada kaum lelaki dan perempuan, sama ada ketika jamak atau tunggal. Orang yang berada dalam keadaan junub ditegah daripada mendirikan sembahyang, membaca al-Quran, tawaf dan lain-lain larangan yang akan dijelaskan, yang telah ditetapkan oleh Allah. Untuk membolehkan seseorang yang dalam keadaan junub itu melakukan amalan ibadah yang ditegah, seseorang itu hendaklah mandi, yang diistilahkan sebagai ‘mandi junub’.

Berikut ini dijelaskan dengan ringkas sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi junub:

i. Keluar air mani, iaitu sama ada ia berlaku kepada lelaki atau perempuan, biar dengan sebab apa pun, kerana mimpi, bersenda gurau, memandang sesuatu dengan ghairah ataupun setakat berkhayal atau memikir sesuatu yang merangsang keluar air mani.

Dalam sebuah hadis daripada Ummu Salamah, dia berkata: Ummu Sulaim pernah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu dia berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu menerangkan yang hak. Adakah perempuan wajib mandi apabila bermimpi? Jawab Rasulullah: Ya, apabila dia melihat air mani.

Menurut hadis riwayat Abu Daud dan lainnya, daripada Saidatina Aishah, dia berakta: Rasulullah telah ditanya tentang lelaki yang merasakan basah tetapi tidak ingat yang ia bermimpi. Rasulullah berkata, dia wajib mandi. Mengenai lelaki yang berasa dirinya bermimpi, tetapi tidak berasa sesuatu yang basah, maka baginda menyatakan, dia tidak wajib mandi. Lalu Ummu Sulaim berkata: Perempuan juga bermimpi seperti itu. Adakah dia juga wajib mandi? Baginda menjawab: Ya, kaum wanita itu adalah belahan lelaki.

Mujahid telah berkata, menyatakan ketika dia dan sahabat-sahabatnya iaitu Ibnu Abbas Thawus, Said bin Jubair dan Ikrimah duduk di masjid, dan ketika itu Ibn Abbas sedang mendirikan sembahyang, tiba-tiba datang seorang lelaki bertanyakan, kalau ada di antara mereka yang ada di situ boleh memberi fatwa. Salah seorang daripada sahabat itu bertanyakan lelaki berkenaan kalau dia mahu bertanyakan sesuatu.

Lelaki itu berkata, “Setiap kali saya membuang air kecil, ia selalu diiringi oleh air yang terpancut.”

Salah seorang daripada sahabat bertanya sama ada air itu yang menjadi asal kejadian anak. Lelaki itu menyatakan, ya. Lalu mereka menjawab, mengatakan kalau begitu dia wajib mandi. Lelaki berkenaan beredar pergi dalam keadaan tidak puas hati.

Setelah Ibn Abbas menyempurnakan sembahyangnya, dia meminta Ikrimah supaya memanggil lelaki tadi datang. Apabila lelaki itu datang menemuinya, Ibn Abbas bertanyakan kepada sahabat sama ada fatwa yang diberikan itu berlandaskan kitabullah, daripada Rasulullah atau daripada sahabat. Mereka menyatakan tidak! Fatwa tersebut hanya lahir daripada fikiran mereka sendiri.

Setelah lelaki tadi tiba berhampiran Ibn Abbas, beliau bertanya sama ada dia berasa air itu keluar disertai oleh rasa syahwat. Lelaki itu menyatakan dia tidak bersyahwat ketika itu. Dia juga tidak berasa letih setelah air itu keluar. Ibn Abbas menyatakan bahawa hal demikian berlaku kerana cuaca dingin yang mempengaruhi. Kerana itu dia tidak wajib mandi junub, memadai dengan berwuduk sahaja.

Berdasarkan hadis di atas, dijelaskan juga bahawa orang yang bermimpi, tetapi tidak bertemu dengan air mani, maka dia tidak wajib mandi. Ibn Munir berkata, menurut ingatannya hukum ini telah disepakati oleh ahli-ahli ilmu.

Selain daripada itu, apabila seseorang itu bangun tidur, lalu dia mendapati basah pada pakaian atau selimut misalnya, tetapi dia tidak ingat sama ada dia bermimpi, maka dia wajib mandi sekiranya dia yakin bahawa itu adalah air mani. Ini kerana pada zahirnya air itu keluar asalnya disebabkan mimpi yang dia tidak ingat. Andainya dia tidak pasti adakah itu air mani atau bukan, dia tetap wajib mandi junub demi untuk berjaga diri.

Menurut Mujahid dan Qatadah, orang yang dalam keadaan demikian tidak wajib mandi, kecuali dia benar-benar yakin bahawa apa yang ditemui itu adalah air yang terpancar (mani). Keyakinan asal yang ada pada dirinya ialah dia dalam keadaan suci. Hal demikian tidak boleh hapus semata-mata kerana kebimbangan atau keraguan.

Orang yang merasakan air maninya hendak keluar ketika dia dalam keadaan bersyahwat, lalu ia menahan kemaluannya, menyebabkan air mani tidak keluar, dia wajib mandi kerana hadis yang lepas menyatakan bahawa kewajipan mandi itu dikaitkan dengan melihat air mani. Tanpa melihatnya, hukum wajib mandi itu tidak berlaku. Tetapi sekiranya air itu keluar ketika dia berjalan misalnya, dia wajib mandi.

Orang yang melihat air mani pada kainnya tetapi tidak tahu bila air itu keluar, dan secara kebetulan telah melakukan sembahyang, dia wajib mengulangi sembahyang, bermula daripada waktu tidurnya yang terakhir, kecuali kalau ada tanda-tanda membuktikan bahawa air mani itu keluar sebelum itu. Ketika itu dia perlu mengulangi sembahyang yang terdekat sekali dengan tidur di mana air mani itu keluar.

ii. Melakukan hubungan jenis.

Iaitu memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam alat kelamin perempuan, biarpun tidak keluar air mani.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah daripada Nabi beliau bersabda yang bermaksud: Apabila lelaki telah duduk di antara bahagian-bahagian tubuh wanita yang empat, kemudian meletihkannya, maka bererti dia telah wajib mandi. Menurut satu riwayat lain menurut Muslim, sekalipun dia dia tidak mengeluarkan mani.

Dalam sebuah hadis daripada Said bin Musayyab, dinyatakan bahawa Abu Musa al-Asyhari berkata kepada Aishah: Saya ingin menanyakan sesuatu, tetapi saya rasa malu kepada anda. Jawab Aishah: Tanyalah dan jangan malu-malu kerana saya ini adalah ibumu. Maka ditanyakan tentang lelaki yang melakukan hubungan jenis tetapi tidak sampai keluar mani. Lalu Saidatina Aishah menyampaikan sabda Rasulullah yang bermaksud:

Apabila alat kelamin wanita bertemu dengan alat kelamin lelaki, maka wajiblah mandi.

Berdasarkan ijmak ulama, hubungan itu hendaklah terlaksana dengan betul, bukan semata-mata menyentuh tanpa melakukan hubungan jenis.

iii. Terhentinya haid dan nifas.

Ketentuan ini adalah berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu dekati mereka hinggalah suci. Maka apabila telah suci, bolehlah kamu datangi mereka sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.

Rasulullah pernah bersabda kepada Fatimah bin Abi Hubaish yang bermaksud: Tinggalkan sembahyang selama hari-hari haid, mandilah dan kemudian sembahyang.

iv. Mati.

Orang yang meninggalkan dunia wajib dimandi berdasarkan ijmak.

v. Orang kafir yang baru masuk Islam.

Orang yang berada dalam keadaan junub dilarang mengerjakan sembahyang, fardu atau sunat. Larangan ini berdasarkan firman Allah seperti yang tersebut dalam surah an-Nisa’: 43. Dilarang juga mereka yang berada dalam keadaan junub mengerjakan tawaf sama ada tawaf fardu, wajib atau sunat.

Selain daripada itu orang yang berjunub dilarang membaca al-Quran. Dalam sebuah hadis daripada Ali bin Abu Talib beliau berkata: Rasulullah pernah membacakan al-Quran di hadapan kami setiap waktu, baik berwuduk terlebih dahulu mahupun tidak, selama beliau tidak dalam keadaan junub - hadis riwayat Tirmizi, Nasaiy dan Ahmad.

Juga dilarang menyentuh al-Quran dan tinggal di dalam masjid. Adalah lalu di dalam masjid bagi orang yang berada dalam keadaan junub tidak dilarang. Larangan di atas berdasarkan ayat al-Quran surah an-Nisa’: 43 yang bermaksud: Janganlah pula berdiam di masjid ketika kamu dalam keadaan junub, kecuali jika sekadar lalu sehinggalah kamu mandi terlebih dahulu.

Perempuan haid atau nifas boleh lalu dalam masjid dengan syarat tidak mengotori masjid dengan titisan darah. Larangan lain ialah melakukan sujud tilawah atau sujud syukur.

Agar Keluarga Bahagia
Bahagianya keluarga si iPod ni..haha. Inilah matlamat perkahwinan. Bukan seks semata-mata!

Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku namun hal yg sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran utk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang, berikut adalah tips yg mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.

1) Selalu berpenampilan Menarik

Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunya diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampialn kita selalunay berbeza. Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujjian ini ini merupakan salah satu punca yg memungkinkan berlakunya kecurangan.

2) Kehidupan Seks Yang Sihat

Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh, terutama sekali bagi pihak lelaki. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yg berkaitan dgnnya, berusahalah utk mengatasinya secepat yang mungkin.

3) Persamaan

Menikahlah dengan lelaki atau pasangan yg anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatn yg hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yg banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan utk berlakunya kecurangan.

4) Waspada

Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu utk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

5) Waktu Hanya Berdua

Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting utk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

6) Mencari Kaunselor

Jangan ragu utk mendapat khidmat dpd kaunselor ataupun org tgh sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yg sukar utk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk. Begitu pula dgn perkahwinan. Jika bukan anda berdua yang bersikap proaktif dlm menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yg anda harapkan?

7) Menghargai Pasangan

Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dgn kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yg dilakukan. Dan selalulah bertolak-ansur dengan pasangan anda.

8) Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan

Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.